Barang Siapa Telah Mengenal Dirinya Maka Ia Mengenal Tuhannya Dan Barang Siapa Telah Mengenal Tuhannya Maka Ia Telah Mengenal Dirinya.




Monday, March 29, 2010

RUKUN ISLAM

RUKUN ISLAM

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta hak milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya” Dengan Syahadatian, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang maha esa itu adalah ALLAH s.w.t dan Nabi MUHAMMAD s.a.w itu adalah pesuruhNya.

2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM

Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

3. MENGELUARKAN ZAKAT

Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut islam.

4. BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN

Dengan puasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t.

5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH

Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang kurangnya sekali dalam hidup.

PERINGATAN HARUS DIKETAHUI

Selama ini mungkin kita hanya tahu perkara-perkara yang membatalkan sembahyang, membatalkan zakat, membatalkan puasa dan membatalkan haji. Namun harus diketahui juga perkara-perkara yang membatalkan dua kalimah syahadat atau membatalkan islam yang mana ini adalah rukun islam yang pertama dan boleh membuatkan segala amalan kita semua terbatal dan sia-sia. Selama ini mungkin tidak kita ketahui bahawa kita sudah terkeluar dari islam tanpa di sedari. Oleh itu setelah mengetahuinya maka berjaga-jaga lah dan banyakkan berbuat kebaikan sesama manusia, beriman la kepadaNya dan jauhi lah segala laranganNya. Insyaallah... akan mendapat rahmat dariNya. Di bawah ini ada terkandung perkara-perkara yang membatalkan dua kalimah syahadat atau islam.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM ( NAWAQIDUL ISLAM)

1. Syirik
2. Perantara
3. Enggan mengkafirkan
4. Yakin yang lain
5. Membenci syari’at
6. Mempersenda islam
7. Sihir
8. Bantu kafir musuhi Islam
9. Kecualikan dari Syari’at
10. Berpaling dari agama

No comments:

Post a Comment