Barang Siapa Telah Mengenal Dirinya Maka Ia Mengenal Tuhannya Dan Barang Siapa Telah Mengenal Tuhannya Maka Ia Telah Mengenal Dirinya.




Friday, March 26, 2010

IBADAH HAJI

IBADAH HAJI

BAGI umat Islam impian untuk menunaikan rukun Islam kelima pastinya satu keinginan yang semahu boleh akan cuba dilaksanakan. Lambaian Kaabah sememangnya menggamit keinginan bagi kita menyucikan diri dari pelbagai dosa yang mungkin dilakukan secara sengaja atau sebaliknya.

Sebagai manusia kerdil yang senantiasa bergelumang pelbagai asam garam dunia adakalanya kita tidak mampu menghindar dari melakukan dosa. Dari sekecil-kecil dosa hinggalah yang dilaknat tuhan adakalanya kita terlupa akan suruhan dan larangan yang maha Esa. Oleh itu hati akan menjadi hiba keinsafan menyelubungi jiwa mengenang akan kebesaran tuhan dan betapa kerdilnya diri tatkala berada di Tanah Suci.

Namun impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci mungkin tidak kesampaian jika usaha untuk membesarkan lagi kota bilangan menunaikan haji bagi menambah jumlah jemaah haji ke Mekah. Sekarang ini pun hendak menunggu giliran sahaja sudah memakan masa yang agak lama, oleh itu usaha kerajaan harus lah menitikberatkan hal ini bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat yang berhasrat hendak menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mencapai rukun islam yang ke lima dan untuk kepentingan bersama.

No comments:

Post a Comment